Isu Palestin: bacalah Qunut Nazilah

Semoga Allah selamatkan saudara² Islam kita di Gaza, drpd kezaliman dan kekejaman Israel.

2023.10.16(Selasa)

🇲🇾 Apa yang sedang berlaku di GAZA sekarang adalah manifestasi kezaliman dan kekejaman yang masih wujud di dunia sekarang. Walaupun negara-negara di seluruh dunia rata-rata telah mencapai tahap ketamudun yang tinggi, namun prinsip asas kemanusiaan yang dipraktikkan masih di tahap lapuk.

Badan-badan yang ditubuhkan untuk menjaga keamanan dunia seolah-olah tidak berfungsi. Peraturan keamanan yang diterima pakai berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama dilanggari tanpa menerima apa-apa implikasi negatif. Isu Palestin merupakan bukti yang nyata tentang kegagalan badan-badan dunia berkenaan.

.

.

Memusnahkan tempat Ibadat adalah satu bentuk provokasi dan penghinaan yang dahsyat keatas agama berkenaan.

.

Semua adalah menyumbang kepada keganasan dengan mengunci mulut masing-masing.

.

Einstein said, “the world will not be distroyed by those who do evils but by those who watch evils without doing nothing”

.

PMX: janji dicapati

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: DAP lebih bahaya https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/02/politik-dap-lebih-bahaya/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Bebaskan Palestin https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/14/bebaskan-palestine/

Palestina: zalimnya Yahudi https://beappreciative.wordpress.com/2021/05/24/palestina-zalimnya-yahudi/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Bebaskan Palestine !

Kezaliman Israel wajar dinoktahkan segera demi keamanan dunia seluruhnya. (Perhimpunan di perkarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat semalam)

2023.10.14(Sabtu)

🇲🇾 Walaupun usia Tun Dr. M sudah hampir satu abad, namun semangat juangnya masih mengkagumkan. Ketika bekas pemimpin utama Malaysia itu bersuara menyokong Palestin, amat kesal sekali jika sekiranya ada pemimpin-pemimpin lain yang berpendirian sebaliknya. Sedangkan menyokong penzalim adalah mengundang bencana daripada Allah.

.

.

Negara Palestin itu asalnya negara yang aman merdeka kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu. Namun, ia kemudiannya menerima penghijrahan beramai-ramai umat yahudi dari seluruh dunia. Penghijrahan tersebut bukannya membawa berkat kepada negara dan rakyat Palestin rupa-rupanya. Sebaliknya, ia telah membawa musibah yang amat dahsyat kepada rakyat Palestin sepertimana yang kita sedang saksikan sekarang ini.

.

.

Sebenarnya isu Palestin adalah manifestasi ketidak-adilan yang sedang berlaku di dalam dunia ini sejak sekian lama. Akibat ketidak-adilan yang gagal ditangani itu, maka dunia tidak akan aman buat selama-lamanya. Kepercayaan kepada realiti ini, maka masyarakat di seluruh dunia mahu supaya rakyat Palestin dikembalikan hak mereka yang telah dirampas oleh Israel itu.

.

.

Keamanan yang berkekalan tidak akan dapat dicapai dengan kekerasan dan paksaan. Kezaliman oleh pihak lain terhadap umat Israel yang dilakukan puluhan tahun dahulu adalah realiti. Namun ia bukanlah suatu alasan yang wajar dijadikan justifikasi oleh umat Israel untuk menzalimi penduduk Gaza sekarang. Justeru itu, badan-badan keamanan dan keselamatan dunia wajar menangani isu Palestin sekarang ini dengan seadil dan secepat yang mungkin.

.

.

Kekejaman Israel diakui oleh seorang bekas pegawai tentera Israel dalam video berikut:

.

Daripada maklumat-maklumat di atas kezaliman dan kekejaman Israel tidak boleh dinafikan lagi. Justeru itu seluruh rakyat Malaysia khususnya dan penduduk dunia amnya wajar menyumbang sesuatu demi membebaskan rakyat Palestin daripada cengkaman dan penganiayaan Israel.

Derma anda pasti akan memberi munafaat kepada rakyat Palestin, InsyaAllaah.

.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: DAP lebih bahaya https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/02/politik-dap-lebih-bahaya/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Politik: kenapa ZY tolak DAP
https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/05/politik-kenapa-zy-tolak-dap/

Palestina: zalimnya Yahudi https://beappreciative.wordpress.com/2021/05/24/palestina-zalimnya-yahudi/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Kerajaan punca jenayah ?

Ya…., mungkin juga betul !

2023.10.13(Jumaat)

🇲🇾 Sesuatu tindakan yang melanggar undang-undang adalah jenayah. Manakala pelaku tindakan berkenaan adalah penjenayah. Contohnya, jika undang-undang mengharamkan penanaman pokok ganja, maka sesiapa saja yang menanamnya adalah dikira penjenayah.

Begitulah juga sebaliknya, sesuatu yang tidak dilarang oleh undang-undang maka tidaklah dikira jenayah. Contohnya makan riba dan berjudi setelah mendapat lesen daripada pihak kerajaan. Maka wujudlah istilah judi haram dan judi halal. Sedangkan dalam Islam, kedua-duanya itu adalah haram.

Dalam video di atas, isu yang diviralkan ialah cermin gelap pada kenderaan. Apabila kerajaan membuat undang-undang yang melarang penggunaan cermin gelap, maka secara otomatis, pemilik kenderaan yang mengenakan cermin gelap pada kenderaan masing-masing telah bertukar statusnya menjadi seorang penjenayah.

Sejak akhir-akhir ini sudah ramai pemilik kenderaan yang tiba-tiba menjadi penjenayah. Asalkan seseorang itu memiliki sebuah kenderaan yang menggunakan cermin gelap, maka beliau adalah seorang penjenayah. Siapakah yang menjadikan mereka itu penjenayah kalau bukan kerajaan sendiri.

Adakah wajar bagi sesebuah kerajaan itu mewujudkan penjenayah ?  Tentulah tidak,  bukan. Namun melalui proses undang-undang, seorang yang baik tiba-tiba menjadi seorang penjenayah. Situasi seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika sekiranya kerajaan itu sentiasa bersikap proaktif terhadap kemungkinan akan berlakunya sesuatu yang negatif.

Cermin gelap hanyalah satu contoh saja sebagai bukti bahawa sesuatu jenayah itu boleh jadi berpunca daripada Kerajaan sendiri. Pakir berbayar mungkin satu lagi contoh yang menyebabkan ramai rakyat menjadi penjenayah. Yakni, kerana gagal membayar sewa lot pakir selama beberapa minit pun seorang itu boleh bertukar statusnya daripada innocent kepada penjenayah.

Tujuan sesuatu undang-undang digubal ialah demi untuk kebaikan semua pihak. Undang-undang itu adalah zalim jika ia menjejaskan mana-mana golongan dalam negara berkenaan. Contohnya, untuk melindungi atau menguntungkan pihak-pihak tertentu maka sesuatu undang-undang itu digubal. Sedangkan ianya menjejaskan kebajikan pihak-pihak lain.

Justifikasi haramkan cermin gelap

Mengharamkan cermin gelap tentu ada justifikasinya. Mungkin untuk menjamin agar pihak penguatkuasaan tidak menjadi mangsa tembakan penjenayah yang berlindung di balik cermin gelap tersebut ketika menahan kenderaan yang disyaki. Namun, adakah kejadian atau kebarangkalian terjadinya insiden seumpama itu satu fenomina ?

Memanglah kita disuruh menggunakan kaedah paling selamat untuk menjaga nyawa manusia. Namun, amat tidak wajar sekali jika atas alasan keselamatan bagi segelintir anggota penguatkuasaan, maka kerajaan terpaksa menafikan hak-hak tertentu majoriti besar rakyat.

Mencegah penggunaan cermin gelap taklah susah mencegah pengambilan dadah dikalangan penagih dadah. Apa yang kerajaan buat untuk mencegah penagihan data ialah dengan mengenakan hukuman bunuh keatas pengedar dadah. Rasionalnya hukuman itu ialah bagi menakutkan pengedar-pengedar dadah supaya tidak meneruskan aktiviti mereka itu.

B e r s a m b u n g ……..

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik DAP lebih bahaya https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/02/politik-dap-lebih-bahaya/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

MADANI hadapi krisis kredibiliti https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/02/madani-hadapi-krisis-kredibiliti/

Rasuah: pelajar pertikai DNAA Zahid https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/12/rasuah-pelajar-pertikai-dnaa-zahid-2/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

kereta ini siap dipasang cermin gelap ketika
dibeli. Adakah pemiliknya penjenayah ?

Islam: isu air minuman

Haramkah meminum air yang dimaksud dalam video di atas itu ?

2023.10.11(Selasa)

🇲🇾 PenCERAHan ini Acik karang semasa di dalam perjalanan menaiki ETS daripada Butterworth ke Sungai Buluh. Beberapa hari yang lalu pula, seorang rakan WA (WhatsApp) Acik menghantar video ceramah tentang tiga jenis air minuman yang dijual di pasaran kita. Jadi mudahlah Acik fahami isu yang dicetuskan oleh Ustaz di dalam video di atas itu.

Utk kesihatan, minumlah air mineral

Komen di dalam video teratas adalah terhadap sejenis air minuman. Air itu dijamu oleh banyak masjid kepada ustaz-ustaz dan para jumaah. Sedangkan ianya adalah daripada sumber yang tak sewajarnya.

Apa yang menarik bagi Acik ialah nada dan irama penyampaian Ustaz berkenaan itu. Ia menggambarkan beliau sedang menahan marah. Beliau marah kepada umat-umat Islam kerana tidak mempraktikkan ajaran Islam yang sebenarnya. Sedangkan mereka itu mengikuti kuliah-kuliah agama di masjid-masjid, hampir tiap-tiap malam.

Mudah cakap, seolah-olah kuliah-kuliah agama yang diadakan di masjid-masjid tiap-tiap malam itu adalah sesia kerana ilmunya tidak difahami atau tak dipraktikkan dengan sewajarnya. Kenyataan ini mungkin agak berat untuk diterima oleh kebanyakan kaki-kaki masjid. Namun Acik rasa ada juga kebenarannya kenyataan beliau itu.

Antara perkara-perkara lain yang tidak dipraktikkan oleh kebanyakan masjid ialah menghormati hak jiran. Contohnya, memasang pembesar suara luar dengan begitu kuat semasa menunaikan solat-solat magrib, isya dan subuh. Hinggakan jiran di hujung kampung pun boleh dengar bacaan fatihah imam di masjid.

Perkara yang sama juga dilakukan ketika penceramah menyampaikan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid. Sedangkan Islam lebih mengutamakan kesunyian. Maka itu sebabnya umat Islam digalakkan menunaikan solat tahajjud di tengah malam, iaitu ketika sunyi daripada kebisingan.

Islam juga dituntut menghormati orang yang sedang bersolat. Lebih-lebih lagi kepada yang bersolat wajib (fardu). Namun apa yang sering dipraktikkan ialah suara imam berzikir akan bergema di dalam masjid sebaik selepas selesai solat zuhur atau asar. Sedangkan di belakang sana masih ada jemaah yang sedang melakukan solat fardu.

Yang paling tak patut ialah, tidak menghiraukan nasihat atau arahan Sahibul Samah Mufti Negeri. Walaupun masjid-masjid diminta menggunakan spika luar untuk laungan azan dan qamat saja, namun banyak masjid tidak menghormati nasihat atau arahan SS Mufti berkenaan. Nak kata arahan SS Mufti berkenaan itu melanggar mana-mana nas, tak ada pula AJK mana-mana masjid yang menunjukkannya kepada Mufti berkenaan. Kalau ada kan senang. Suruh saja beliau menarik balik arahannya itu.

Keadaan kemudahan-kemudahan di kebanyakan masjid juga menggambarkan kelemahan umat Islam lemah dalam menguruskan rumah-rumah Allah itu. Pembaziran air menjadi fenomina bagi kebanyakan masjid yang pernah Acik singgahi. Seolah-olah umat Islam langsung tidak diajar supaya menjimati air ketika berwudhu.

Tandas-tandas masjid juga tidak diselenggara dengan sempurna. Sebagai contoh sila tontoni video berikut. Video ini Acik rakam di sebuah masjid yang agak mewah dengan kemudahan-kemudahan lain. Tapi kemudahan tandasnya diabaikan. Entah berapa banyak air yang dibaziri setiap hari akibat kerosakan getah paip yang telah agak lama tak dipeduli.

Kalau nak basuh berak kan susah tu.

.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️.

Islam: akibat jahil agama https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/29/islam-akibat-jahil-agama/.

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Bidaah laud spika https://shalleducate.wordpress.com/2021/12/19/bidah-laud-spika/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

untuk dijamu di masjid-masjid

Kesihatan: amalan pijak tanah

Akan memberi kita kesihatan jika kita melakukan pijak tanah beberapa kali dalam seminggu.

2023.10.06(Jumaat)

🇲🇾 Apabila yang mengajurkan sesuatu itu ialah seorang yang relevan dengan bidangnya, maka ada rasionalnya untuk kita memberi perhatian. Demikianlah dengan individu dalam video di atas. Beliau adalah seorang doktor dalam bidang kesihatan. Maka anjuran beliau tentulah sesuatu yang baik untuk kesihatan kita.

Sepanjang tempoh lebih daripada sepuluh tahun yang lalu, Acik tinggal di Lembah Kelang (LK). Itu bukanlah pilihan Acik sebenarnya untuk tinggal di sana. Namun, demi keperluan anak-anak terpaksalah juga tinggal di LK. Kini baru boleh balik bermustautin di kampung.

Apabila menonton video di atas, rasa terjawablah sudah soalan yang sering bermain di minda Acik. Soalannya itu ialah, kenapa sejak balik tinggal di kampung ni, rasa lain pula (dari aspek kesihatan) berbanding dengan ketika tinggal di bandar raya LK dahulu.

Yang paling ketara bagi Acik sejak pulang tinggal di kampung ialah dah kurang meradang berbanding dengan dahulu. Kalau dahulu, asal ada saja sikit yang tak kena, mulalah naik meradang. Mujur juga masih dapat bersabar. Di kampung Acik “meradang” tu sinonim dengan “marah”.

Acik pernah tinggal dekat Pos Brook, kampung orang Asli. Acik tak pernah tengok mereka meradang. Agaknya sebab mereka tu hari-hari pijak tanah kot. Dahlah pijak tanah hari-hari, tak pakai kasut pula tu. Wallahua’lam.

Rengkas cakap, di kampung badan dan minda Acik terasa lebih segar daripada ketika tinggal di LK dahulu. Kombinasi beberapa faktor yang relevan dengan kesihatan agaknya, yang membuat Acik terasa begitu. Antaranya ialah faktor udara bersih. Acik percaya bukanlah Acik seorang yang merasa demikian. Malah, sudah tentu ramai lagi yang menikmati kesegaran tinggal di kampung. Cuma depa tak habaq.

Walaupun hidup di kampung terasa lebih aman dan nyaman, namun tak semua orang berpeluang pulang tinggal di kampung selepas bersara. Banyak juga faktor yang menghalang mereka daripada berbuat demikian menjelang nyawa dijemput pulang. Foktor ekonomi mungkin faktor utama yang menggagalkan sebuah hasrat untuk pulang hidup di kampung atau daerah asalnya.

Wallahua’lam 🌺

.

Lagu di atas mengingatkan Acik zaman kanak-kanak dahulu. Ketika itu sedang belajar mempraktikkan solat di masjid kampung asal Acik.

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: kenapa ZY tolak DAP https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/05/politik-kenapa-zy-tolak-dap/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Bagai ikan pulang ke lubuk https://shalleducate.wordpress.com/2022/01/11/bagai-ikan-pulang-ke-lubuk/

Mak ayah adalah prioriti https://shalleducate.wordpress.com/2022/04/18/mak-ayah-adalah-prioriti/

Rindunya ayah ibu https://beappreciative.wordpress.com/2021/04/27/rindunya-ayah-ibu/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Lakukan pijak tanah beberapa kali dlm seminggu sebelum dimasukkan ke dalamnya

Politik: kenapa ZY tolak DAP

DAP undang padah jika terima dana mudah (asing).

2023.10.05(Khamis)

🇲🇾 Saudara ZY (Zam Yahaya) di dalam video di atas, bukanlah orang biasa-biasa saja dalam arena politik negara. Komen-komen beliau mengenai isu-isu politik semasa, amat menarik bagi Acik. Oleh sebab penyampaian beliau sudah sangat jelas, maka penonton tidak perlu apa-apa penjelasan lanjut daripada pihak lain.

Kerana komen-komen saudara ZY dalam video di atas sangat menarik, maka Acik simpan video beliau itu sebagai sebuah PenCERAHan dalam blog Acik. Dengan cara ini, maka akan mudah bagi Acik membuat rujukan di masa-masa akan datang. Dalam masa yang sama, ramai pula pembaca blog Acik (termasuk anda) akan turut mendapat munafaat daripada komen-komen saudara ZY itu.

Sambung video di atas ⬇️

Isu yang disampaikan oleh ZY melalui video di atas tidak harus dianggap remeh temeh. Setiap rakyat yang patriotik pasti tidak akan merestui mana-mana pihak daripada menerima dana asing bagi menjayakan perjuangan politiknya. Kerana ia satu tindakan yang amat bahaya kepada negara. Yakni, ia mengundang campurtangan asing dalam urusan rumah tangga negara kita Malaysia.

Kata sebuah peribahasa Melayu, “kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang”. Jika tidak wujud isu berkenaan, maka sudah tentulah tidak ada apa-apa yang boleh didedahkan oleh saudara ZY itu. Dengan pendedahan tersebut mudah-mudahan seluruh rakyat Malaysia tidak akan membiarkan negara diperintah oleh mana-mana parti jika parti berkenaan ada menerima data asing. Lebih lebih lagi jika ia adalah penagih data asing.

Wallahua’lam 🌺

PM Malaysia boneka Amerika ?https://daulat4rakyat.files.wordpress.com/2022/12/wp-1670018129005.mp4

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: DAP lebih bahaya https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/02/politik-dap-lebih-bahaya/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Bagai melepaskan anjing tersepit https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/26/bagaikan-melepaskan-anjing-tersepit/

MADANI hadapi krisis kredibiliti https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/02/madani-hadapi-krisis-kredibiliti/

PMX: prestasi ikut analisis antarabangsa https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/27/pmx-prestasi-ikut-analisis-antarabangsa/

Matdan ni, janji tak ditepati https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/22/matdan-ni-janji-tak-ditepati/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Politik: DAP lebih bahaya

Daripada teroris, ada pihak menganggap bahawa DAP adalah lebih bahaya.

2023.10.02(Isnin)

🇲🇾 Assalamualaikum adalah ucapan yang disunatkan keatas setiap Muslim kepada Muslim yang lain. Tapi tidak pula disunatkan kepada non Muslim. Manakala Muslim yang menerima ucapan salam tersebut pula diwajibkan menjawap dengan lafaz waalaikumussalam. Apakah implikasi daripada hukum sunat dan wajib tersebut ?

Implikasinya ialah Islam amat mementingkan keamanan terutama diantara sesama Muslim. Makna “Assalamualaikum” ialah “kesejahteraan keatas kamu”. Kalau dalam bahasa Inggeris, “peace be upon you“. Manakala makna “Waalaikumussalam” pula ialah “dan keatas kamu juga kesejahteraan”. Atau, and peace be upon you too“.

Walaupun tujuan ucapan tersebut adalah baik, namun ia tidak pun disuruh oleh Islam melafazkannya kepada non Muslim. Kerana itu maka tidaklah mencetus apa-apa sangkaan negatif orang non Muslim terhadap Muslim akibat kejahilan mereka tentang ucapan tersebut.

Perlembagaan Malaysia membenarkan Islam didakwahkan kepada non Muslim. Namun sebaliknya agama-agama lain (bukan Islam) tidak boleh didakwahkan kepada Muslim.

Sewajarnya, setiap YB (Yang Berhormat) sedari dan fahami status agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia itu. Malah status tersebut wajib dihormati masing-masing tanpa dipertikaikan.

Maka agak malanglah jika ada aktiviti-aktiviti sosial yang diluluskan oleh kerajaan bercanggah dengan maksud peruntukan perlembagaan berkenaan. Lebih lebih lagi jika yang melakukan aktiviti berkenaan adalah orang-orang penting dalam kerajaan.

Dunia tahu bahawa Israel adalah negara yang memusuhi umat Islam di dalam negaranya. Justeru itu, umat Islam di Malaysia pun turut merasa sedih dan simpati terhadap suadara seagama mereka di Israel.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia rata-rata tidak suka samasekali berkawan dengan Israel. Atas prinsip tersebut perkara yang disebarkan melalui video di atas pasti akan mencetuskan bantahan keras oleh majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Sudah pastilah umat Islam Malaysia akan lebih marah terhadap mereka yang terlalu bermuka-muka dengan Israel. Contohnya seperti dalam video berikut :

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Islam: akibat jahil agama https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/29/islam-akibat-jahil-agama/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PRN15: undi PH masuk neraka ? https://menafirealiti.wordpress.com/2023/07/23/prn15-undi-ph-masuk-neraka/

Agama: muhibbah atau akidah ?https://daulatmsians.wordpress.com/2023/02/06/agama-muhibbah-atau-akidah/

MADANI hadapi krisis kredibiliti https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/02/madani-hadapi-krisis-kredibiliti/

Politik: beri betis nak paha https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/24/politik-beri-betis-nak-paha-2/

PMX: usah bimbang kpd Melayu https://daulatmsians.wordpress.com/2023/08/06/pmx-usah-bimbang-kpd-melayu/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakya.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Islam: akibat jahil agama

Seseorang melakukan kesalahan agama, mungkin berpunca daripada kejahilan.

2023.09.29(Jumaat)

🇲🇾 Seorang mufti menerangkan dalam satu kuliah magrib bahawa jahil itu ada dua tahap. Tahap pertama ialah jahil basik manakala tahap kedua ialah jahil murakaf. Walaupun kuliah tersebut telah berlaku lebih daripada setengah abad yang lalu, namun ianya masih kekal dalam ingatan Acik. Agaknya itu tanda keberkatan ajaran seorang alim agama yang tulen.

Apa yang Acik fahami, jahil basik ialah ketiadaan (sepenuhnya) ilmu mengenai sesuatu. Sebagai contoh, seorang budak Asli masuk ke sebuah kampung Melayu. Apabila bertemu dengan seekor ayam, ditangkapnya ayam itu. Ayam itu nak dibawanya pulang ke rumahnya di dalam hutan yang tak jauh daripada kampung Melayu tersebut.

Tindakannya itu diperhati oleh seorang pemuda Melayu kampung itu. Maka budak Asli itu pun ditahan pemuda Melayu tersebut. Budak Asli itu terpinga-pinga, atas sebab apa maka beliau ditahan. Setelah diberi keterangan oleh pemuda Melayu berkenaan bahawa semua binatang ternakan di kampung tersebut ada pemiliknya maka barulah budak Asli tersebut faham lalu melepaskan ayam yang dipegangnya itu.

Budak Asli tersebut bolehlah ditakrifkan jahil basik. Atas sebab tidak tahu bahawa menangkap ayam di kampung tersebut adalah satu kesalahan maka beliau pun melakukannya. Mungkin kerana beliau menganggap menangkap ayam di mana-mana pun sama saja seperti menangkap ayam di dalam hutan tempat beliau tinggal.

Tentang jahil murakaf pula merujuk kepada seseorang yang tahu tentang sesuatu, namun pengetahuannya itu tak betul atau salah. Contohnya, seorang pemuda Amerika sedang memandu kereta di sebatang jalan di Melaka Tiba-tiba beliau diekori sebuah kereta polis Melaka lalu ditahan polis tersebut. Kata ketua polis berkenaan, Sir ! Here, if you are on the right side, you are on the wrong side”

Maka barulah pemuda Amerika tersebut tahu bahawa beliau melakukan kesalahan kerana memandu di sebelah kanan jalan. Sedangkan di Malaysia kenderaan bergerak di sebelah kiri jalan. Ini sama macam di United Kingdom. Inilah contoh jahil murakaf yang Ada pada pemuda Amerika itu mengenai undang-undang jalan raya di Malaysia.

Video di atas adalah mengenai seorang yang jahil murakaf tentang maksud ayat al Qur’an yang dibacanya di hadapan ahli-ahli parlimen Muslim. Akibatnya, beliau menerima kecaman daripada orang Islam yang tidak setuju dengan tindakan beliau itu. Perbuatan beliau itu wajar menjadi iktibar kepada non Muslim lain, supaya tidak melakukan kesalahan yang serupa.

Peristiwa yang agak serupa pernah berlaku di Indonesia. Seorang walikota non Muslim telah membaca sepotong ayat al Qur’an sebagai sandaran kepada hujahnya mengenai suatu isu. Akibatnya beliau dijatuhi hukuman penjara kerana dianggap menghina Islam.

Namun, Acik percaya Ahli Parlimen non Muslim yang membaca terjemahan ayat al Qur’an berkenaan tak akan sampai dipenjarakan. Sebab apa ? Sebab beliau melakukannya di Malaysia, bukan di Indonesia. Lebih-lebih lagi ketika Malaysia diterajui PMX.

Bagi mewakili kaum China pohon DAP ambil tindakan positif mengenai isu dlm video di atas

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

PMX: prestasi ikut analisis antarabangsa https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/27/pmx-prestasi-ikut-analisis-antarabangsa/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Agama: muhibbah atau akidah https://daulatmsians.wordpress.com/2023/02/06/agama-muhibbah-atau-akidah/

Agama al-Qu’ran http://4uni2c.com/2021/04/11/agama-al-quran/.

Politik: menafikan realiti https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/29/politik-menafikan-realiti/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

PMX: prestasi ikut analisis antarabangsa

Beliau masih keliru dgn halatuju yg tidak jelas.

2023.09.27(Rabu)

🇲🇾 Video di atas amat jelas. Oleh itu Acik rasa ia tak perlu lagi diulas. Lagi pun, apa yang YM Raja Petra kata di atas ada yang telah pernah Acik ulas dalam beberapa PenCERAHan dalam blog Acik. Jika berminat silalah baca penCERAHan-penCERAHan yang Acik senaraikan di bawah.

PenCERAHan yg popular

Politik: DSAI tak layak jadi PM http://4uni2c.com/2020/10/02/politik-dsai-tak-layak-jadi-pm/

PPRU15: PM by crook ? https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/10/ppru15-pm-by-crook-2/

PMX : ibarat tikus baiki labu https://daulatmsians.wordpress.com/2023/03/16/pmx-ibarat-tikus-baiki-labu/

PRN15 ikon jockey agama https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/09/prn15-ikon-jockey-agama/

PRU15 konspirasi tipu pengundi https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/22/pru15-konspirasi-tipu-pengundi/

Berkawan dan berpisah demi Allah https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/26/berkawan-berpisah-demi-allah/

PRU15: esok jangan salahkan DSAI https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/10/22/pru15-esok-jangan-salahkan-dsai/.

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PMX: cakap tak serupa bikin https://daulatmsians.wordpress.com/2023/06/04/pmx-cakap-tak-serupa-bikin/

PMX: lembu punya susu sapi dpt nama https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/10/pmx-lembu-punya-susu-sapi-dpt-nama/

PMX: ayam menang kampung tergadai https://daulatmsians.wordpress.com/2023/08/05/pmx-ayam-menang-kampung-tergadai/

Politik: betulkan DSAI pembohong ? http://4uni2c.com/2020/10/09/politik-betulkah-dsai-pembohong-%e2%9d%93/

PMX didakwa memfitnah https://daulatmsians.wordpress.com/2023/04/12/pmx-didakwa-memfitnah/

PMX didakwa tidak jujur https://daulatmsians.wordpress.com/2023/03/29/pmx-didakwa-tidak-jujur/

PMX: rakyat miskin akan cetuskan huru hara https://daulatmsians.wordpress.com/2023/03/28/pmx-rakyat-miskin-akan-cetuskan-huru-hara/

PMX: janji yg bakal dicapati https://daulatmsians.wordpress.com/2023/03/20/pmx-janji-yg-bakal-dicapati/

PMX: persepsi bercanggah realiti https://menafirealiti.wordpress.com/2023/07/24/pmx-persepsi-bercanggah-realiti/

PRN15 normalisasi rasuah https://menafirealiti.wordpress.com/2023/07/30/prn15-normalisasi-rasuah/

PMX wajar beri laluan https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/15/pmx-wajar-beri-laluan/

PMX wajar rehat demi Ambalat https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/25/pmx-wajar-rehat-demi-ambalat-2/

PMX usah bimbang kpd Melayu https://daulatmsians.wordpress.com/2023/08/06/pmx-usah-bimbang-kpd-melayu/

KWSP: Ironi PMX https://daulatmsians.wordpress.com/2023/03/13/kwsp-ironi-pmx/

PRU15: biarlah ABAI jadi PM https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/11/20/pru15-biarlah-abai-jadi-pm/

People are not vehicles https://daulat4rakyat.wordpress.com/2018/09/13/people-are-not-vehicles/

PRK PD Pengundi bukan kenderaan http://4uni2c.com/2018/10/11/prk-pd-pengundi-bukan-kenderaan/

Agama: muhibbah atau akidah https://daulatmsians.wordpress.com/2023/02/06/agama-muhibbah-atau-akidah/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daylatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress

.

Wallahua’lam 🌺

.

Bagai melepaskan anjing tersepit

Menolong orang yang tak tahu menghargai kebaikan orang lain adalah sia-sia bahkan menganiayai diri sendiri.

2023.09.26(Selasa)

🇲🇾 Video di atas sangat menarik untuk ditontoni oleh semua kita. Nilai moral yang nak disampaikan ialah supaya kita sentiasa bersangka baik. Bukan bersangka baik kepada Allah saja penting, namun turut penting ialah kepada sesama manusia.

Akibat sangkaan buruk maka orang yang menolongnya mendapat balasan negatif daripadanya. Video di atas juga boleh menjadi contoh mengenai seorang yang tak tahu menghargai jasa orong lain terhadapnya. Sebaliknya dianggapnya orang yang nenolongnya itu adalah kerana berhajat mendapat satu habuan yang lebih besar daripadanya.

Di sini tercetus satu soalan khusus dalam minda Acik. Orang Melayu telah banyak memberi bermacam-macam pertolongan dan perlindungan kepada pendatang. Segala pemberian itu adalah dengan prasangka baik sejajar dengan sifat Melayu yang suka menolong. Sebagai orang Islam umat Melayu diwajibkan melayani “tetamu”. Namun, agak-agak anda, adakah mereka yang menjadi “tetamu” di bumi umat Melayu itu rata-ratanya bersangka baik kepada umat Melayu ❓

Yakini Allaah balas sedekah kita

Mari kita andaikan bahawa kisah yang diceritakan dalam video di atas itu adalah kisah benar. Dari kisah tersebut, satu lagi nilai moral yang boleh diperolehi daripada cerita itu ialah tentang keberkatan yang perolehi oleh orang yang beriman dengan pertolongan Allaah.

Kerana imannya itu maka orang yang dalam cerita itu sanggup bersungguh-sungguh memohon pertolongan Allaah. Akhirnya beliau berjaya mendapat pertolongan sebagaimana yang diharapkannya itu, walaupun 95% saja. Bagaimana cara Allaah menyampaikan pertolonganNya itu, terpulanglah kepada Allaah. Cara yang dicerita dalam video hanya satu daripadanya sahaja.

Ada orang yakin sepenuhnya bahawa amalan sedekah akan membawa berkat kepada dirinya. Keberkatan itu bukan di akhirat bahkan semasa di dunia lagi. Lantaran itu, maka beliau (pekerja pos dalam video di atas) tidak keberatan untuk bersedekah. Dengan amalan sedekah itu maka rezekinya semakin bertambah. Ini menambahkan lagi keyakinan beliau tentang keberkatan amalan sedekah.

Sebaliknya, ada pula orang yang percaya bahawa balasan bagi amalan bersedekah akan berlaku hanya di akhirat nanti, bukan di dunia. Oleh itu beliau tidaklah berkejar untuk bersedekah. Baginya juga, kalau nak bersedekah biarlah tunggu dulu sehingga ada lebihan daripada rezeki yang dianugerah Allaah kepadanya. Jika seseorang itu rajin bersedekah, itu adalah manifestasi ia telah mendapat rezeki berlebihan daripada Allaah.

Setakat ini Acik belum jumpa lagi ayat yang mewajibkan anak-anak memberi bantuan khusus kepada ibubapanya dahulu, sebelum bersedekah kepada orang. Namun, berdasarkan rasional, maka sepatutnya begitulah kot. Lainlah jika ibubapanya redha tidak menerima pemberian anak berkenaan. Ini mungkin sebab anak tersebut lebih susah dibanding dengan sauadara-saudara kandungnya yang lain.

B e r s a m b u n g ….

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: menafikan realiti https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/29/politik-menafikan-realiti/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Agama: bersedekah cara terpuji http://4uni2c.com/2020/05/11/agama-bersedekah-cara-terpuji/.

Politik: kontrek sosial http://4uni2c.com/2019/12/08/politik-kontrek-sosial/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com