Kerajaan punca jenayah ?

Ya…., mungkin juga betul !

2023.10.13(Jumaat)

🇲🇾 Sesuatu tindakan yang melanggar undang-undang adalah jenayah. Manakala pelaku tindakan berkenaan adalah penjenayah. Contohnya, jika undang-undang mengharamkan penanaman pokok ganja, maka sesiapa saja yang menanamnya adalah dikira penjenayah.

Begitulah juga sebaliknya, sesuatu yang tidak dilarang oleh undang-undang maka tidaklah dikira jenayah. Contohnya makan riba dan berjudi setelah mendapat lesen daripada pihak kerajaan. Maka wujudlah istilah judi haram dan judi halal. Sedangkan dalam Islam, kedua-duanya itu adalah haram.

Dalam video di atas, isu yang diviralkan ialah cermin gelap pada kenderaan. Apabila kerajaan membuat undang-undang yang melarang penggunaan cermin gelap, maka secara otomatis, pemilik kenderaan yang mengenakan cermin gelap pada kenderaan masing-masing telah bertukar statusnya menjadi seorang penjenayah.

Sejak akhir-akhir ini sudah ramai pemilik kenderaan yang tiba-tiba menjadi penjenayah. Asalkan seseorang itu memiliki sebuah kenderaan yang menggunakan cermin gelap, maka beliau adalah seorang penjenayah. Siapakah yang menjadikan mereka itu penjenayah kalau bukan kerajaan sendiri.

Adakah wajar bagi sesebuah kerajaan itu mewujudkan penjenayah ?  Tentulah tidak,  bukan. Namun melalui proses undang-undang, seorang yang baik tiba-tiba menjadi seorang penjenayah. Situasi seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika sekiranya kerajaan itu sentiasa bersikap proaktif terhadap kemungkinan akan berlakunya sesuatu yang negatif.

Cermin gelap hanyalah satu contoh saja sebagai bukti bahawa sesuatu jenayah itu boleh jadi berpunca daripada Kerajaan sendiri. Pakir berbayar mungkin satu lagi contoh yang menyebabkan ramai rakyat menjadi penjenayah. Yakni, kerana gagal membayar sewa lot pakir selama beberapa minit pun seorang itu boleh bertukar statusnya daripada innocent kepada penjenayah.

Tujuan sesuatu undang-undang digubal ialah demi untuk kebaikan semua pihak. Undang-undang itu adalah zalim jika ia menjejaskan mana-mana golongan dalam negara berkenaan. Contohnya, untuk melindungi atau menguntungkan pihak-pihak tertentu maka sesuatu undang-undang itu digubal. Sedangkan ianya menjejaskan kebajikan pihak-pihak lain.

Justifikasi haramkan cermin gelap

Mengharamkan cermin gelap tentu ada justifikasinya. Mungkin untuk menjamin agar pihak penguatkuasaan tidak menjadi mangsa tembakan penjenayah yang berlindung di balik cermin gelap tersebut ketika menahan kenderaan yang disyaki. Namun, adakah kejadian atau kebarangkalian terjadinya insiden seumpama itu satu fenomina ?

Memanglah kita disuruh menggunakan kaedah paling selamat untuk menjaga nyawa manusia. Namun, amat tidak wajar sekali jika atas alasan keselamatan bagi segelintir anggota penguatkuasaan, maka kerajaan terpaksa menafikan hak-hak tertentu majoriti besar rakyat.

Mencegah penggunaan cermin gelap taklah susah mencegah pengambilan dadah dikalangan penagih dadah. Apa yang kerajaan buat untuk mencegah penagihan data ialah dengan mengenakan hukuman bunuh keatas pengedar dadah. Rasionalnya hukuman itu ialah bagi menakutkan pengedar-pengedar dadah supaya tidak meneruskan aktiviti mereka itu.

B e r s a m b u n g ……..

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik DAP lebih bahaya https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/02/politik-dap-lebih-bahaya/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

MADANI hadapi krisis kredibiliti https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/02/madani-hadapi-krisis-kredibiliti/

Rasuah: pelajar pertikai DNAA Zahid https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/12/rasuah-pelajar-pertikai-dnaa-zahid-2/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

kereta ini siap dipasang cermin gelap ketika
dibeli. Adakah pemiliknya penjenayah ?

Leave a comment