Politik: DAP lebih bahaya

Daripada teroris, ada pihak menganggap bahawa DAP adalah lebih bahaya.

2023.10.02(Isnin)

🇲🇾 Assalamualaikum adalah ucapan yang disunatkan keatas setiap Muslim kepada Muslim yang lain. Tapi tidak pula disunatkan kepada non Muslim. Manakala Muslim yang menerima ucapan salam tersebut pula diwajibkan menjawap dengan lafaz waalaikumussalam. Apakah implikasi daripada hukum sunat dan wajib tersebut ?

Implikasinya ialah Islam amat mementingkan keamanan terutama diantara sesama Muslim. Makna “Assalamualaikum” ialah “kesejahteraan keatas kamu”. Kalau dalam bahasa Inggeris, “peace be upon you“. Manakala makna “Waalaikumussalam” pula ialah “dan keatas kamu juga kesejahteraan”. Atau, and peace be upon you too“.

Walaupun tujuan ucapan tersebut adalah baik, namun ia tidak pun disuruh oleh Islam melafazkannya kepada non Muslim. Kerana itu maka tidaklah mencetus apa-apa sangkaan negatif orang non Muslim terhadap Muslim akibat kejahilan mereka tentang ucapan tersebut.

Perlembagaan Malaysia membenarkan Islam didakwahkan kepada non Muslim. Namun sebaliknya agama-agama lain (bukan Islam) tidak boleh didakwahkan kepada Muslim.

Sewajarnya, setiap YB (Yang Berhormat) sedari dan fahami status agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia itu. Malah status tersebut wajib dihormati masing-masing tanpa dipertikaikan.

Maka agak malanglah jika ada aktiviti-aktiviti sosial yang diluluskan oleh kerajaan bercanggah dengan maksud peruntukan perlembagaan berkenaan. Lebih lebih lagi jika yang melakukan aktiviti berkenaan adalah orang-orang penting dalam kerajaan.

Dunia tahu bahawa Israel adalah negara yang memusuhi umat Islam di dalam negaranya. Justeru itu, umat Islam di Malaysia pun turut merasa sedih dan simpati terhadap suadara seagama mereka di Israel.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia rata-rata tidak suka samasekali berkawan dengan Israel. Atas prinsip tersebut perkara yang disebarkan melalui video di atas pasti akan mencetuskan bantahan keras oleh majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Sudah pastilah umat Islam Malaysia akan lebih marah terhadap mereka yang terlalu bermuka-muka dengan Israel. Contohnya seperti dalam video berikut :

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Islam: akibat jahil agama https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/29/islam-akibat-jahil-agama/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PRN15: undi PH masuk neraka ? https://menafirealiti.wordpress.com/2023/07/23/prn15-undi-ph-masuk-neraka/

Agama: muhibbah atau akidah ?https://daulatmsians.wordpress.com/2023/02/06/agama-muhibbah-atau-akidah/

MADANI hadapi krisis kredibiliti https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/02/madani-hadapi-krisis-kredibiliti/

Politik: beri betis nak paha https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/24/politik-beri-betis-nak-paha-2/

PMX: usah bimbang kpd Melayu https://daulatmsians.wordpress.com/2023/08/06/pmx-usah-bimbang-kpd-melayu/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakya.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment