MADANI hadapi krisis kredibiliti

pengasas MADANI sendiri yg buat rakyat pertikaikan kredibiliti kerajaan kini.

2023.09.02(Sabtu)

🇲🇾 Andaikan Acik dok di KL. Acik habaq kat anak Acik bahawa Acik nak pi Butterworth. Tapi ETS yang Acik naiki itu nak pi Johor Bahru. Ni yang buat anak Acik tu keliru. Anak Acik tu taklah bodoh sangat tentang jeografi. Jadi tak kan dia tak tahu bahawa Acik menipu.

Apa yang Acik lakukan itu adalah ironi. Ia bermakna, apa yang Acik laksanakan itu berlawanan dengan apa yang Acik istiharkan. Inilah yang Acik nampak dilakukan oleh PMX. Samada beliau perasan atau tidak, itu wallahua’lam.

Satu contoh paling ketera ialah PMX istiharkan akan melawan rasuah habis-habisan. Tiba-tiba orang yang terlibat dengan puluhan kes rasuah pula yang dilantik menjadi timbalannya. Selain daripada itu banyak lagi ironi yang PMX telah lakukan.

.

.

Kerana ironi-ironi itulah maka ramai rakyat Malaysia skeptical dengan kemahuan dan kemampuan PMX untuk menghapuskan rasuah.

Begitulah juga dakwaan PMX bahawa beliau akan mempertahankan Perlembagaan Negara. Jika benarlah beliau berhasrat demikian, beliau wajar menasihati pihak istana supaya tidak terlibat dalam politik. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rakyat melihat istana sebagai telah memihak kepada PHBN dalam kempen PRK Johor. Ini berlaku selepas PMX mengadap baginda Sultan.

Seyugia diingatkan bahawa, mengheret pihak istana ke dalam kancah politik (samada sengaja ataupun tidak), adalah bercanggah dengan prinsip Raja Berpelembagaan. Ini sangat tidak wajar dilakukan kerana ia boleh mencetuskan provokasi terhadap pihak parti-parti pembangkang. Akibatnya, ia akan menyemai bibit-bibit kebencian mereka terhadap institusi istana.

Kesan negatif terhadap institusi istana mungkin tak ketara dalam masa yang sengkat. Namun, kita tak dapat jangka akibat kesannya di masa hadapan. Sebagai PM yang jujur dan ikhlas nak mempertahankan institusi istana, PMX wajar memberi nasihat yang betul kepada institusi istana di seluruh Malaysia, melalui DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.

Menagih munafaat daripada keterlibatan pihak istana dalam permainan politik adalah satu tindakan yang tidak bertanggung-jawab. Ia umpama mengambil peluang mengeksploitsi kelemahan pengadil di dalam sesuatu pertandingan sukan untuk meraih kemenangan mudah.

PMX tidak faham realitikah ?

Ya, Acik lihat cara PMX bertindak gara-gara seorang individu yang tidak memahami realiti. Maka berbagai-bagai idea yang dikemukakan beliau agak mustahil boleh dilaksanakan. Contoh yang paling ketara yangmana rakyat seluruh negara rata-rata tahu, ialah janji beliau bahawa harga minyak akan turun sebaik saja beliau menjadi PM.

Sebenarnya ketika menabur janji tersebut menjelang PRU dahulu, PMX tidak faham akan realiti ekonomi dan kewangan negara, implikasi daripada penurunan harga minyak nanti. Ini adalah manifestasi bahawa PMX adalah seorang yang jahil tentang realiti ekonomi dan kewangan negara.

Namun tak mustahil juga bahawa PMX memang tahu akan implikasi negatif dari penurunan harga minyak itu. Dalam masa yang sama beliau juga tahu bahawa seluruh rakyat akan percaya terhadap janji tersebut. Oleh sebab itu, beliau yakin bahawa dengan menggunakan janji tersebut majoriti besar rakyat memberi undi kepada PH.

Jika sekiranya PMX tahu akan implikasi negatif terhadap kewangan negara akibat penurunan harga minyak, namun beliau masih juga menabur janji itu, maka itu adalah satu kesalahan yang tersangat serius. Ini kerana, ia menjadi bukti bahawa PMX telah menipu pengundi-pengundi menjelang PRU dahulu. Layakkah seorang penipu menyandang jawatan utama negara ?

Nak hapuskan kemiskinan tegar

Dalam video di bawah PMX berjanji di dalam Dewan Rakyat (parliamen) bahawa beliau akan noktahkan kemiskinan tegar dalam tahun ini juga. Ini juga satu contoh yang menunjukkan bahawa PMX tak faham realiti. Kemiskinan adalah satu fenomina sejagat yang wujud di seluruh dunia. Usaha menoktahkan kemiskinan telah menjadi satu agenda yang penting dalam pembangunan setiap negara.

Namun amat sukar untuk menafikan bahawa menoktahkan kemiskinan itu bukanlah usaha yang begitu mudah. Kata Mad Salehit is easier said than done”. Berbagai-bagai faktor penting yang perlu difahami dan ditangani terlebih dahulu sebelum usaha ke arah penghapusan kemiskinan tegar mampu dilaksanakan. Ia mustahil dapat dilaku dalam tempoh yang dijanjikan oleh PMX itu.

Peribahasa Melayu pula ada mengungkap, “cakap tak serupa bikin”. Ia merujuk kepada seseorang individu yang cakapnya tak sama dengan apa yang beliau mampu buat. Jadi, adalah tak keterlaluan jika (berdasarkan persepsi sendiri) Acik mengatakan bahawa perwatakan sedemikian ada pada PMX.

PMX ibarat nak peluk gunung

Acik tak mempertikaikan kebaikan apa yang PMX ingin lakukan. Namun rancangan yang sebaik mana pun tidak akan bermakna jika tanpa dilaksanakan. Perlaksanaannya pula memerlukan beberapa sumber. Strategi dan kaedah yang digunakan tak kurang penting selain daripada kehendak untuk melakukan sesuatu.

Dengan lain-lain perkataan, mahu tidak ada ertinya jika tidak disertai dengan tahu. Kita mungkin mahu memperolehi sesuatu. Tapi apa yang kita mahu tidak ada maknanya jika kita tidak tahu cara atau kaedah untuk mendapatnya.

Kalau terlalu ambitious pun tak guna juga kalau kita tiada kemampuan yang cukup untuk melaksanakan atau mencapai apa yang dicita-citakan itu. Ia ibarat, “niat di hati nak peluk gunung, apakah daya tangan tak sampai”

.

Video di atas adalah satu contoh, “niat di hati nak peluk gunung, apakah daya tangan tak sampai”.

Wallahua’lam 🌺

PenCERAHan yg popular ⬇️

PMX wajar “rehat” demi Ambalat ? https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/25/pmx-wajar-rehat-demi-ambalat-2/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PMX: cakap tak serupa bikin https://daulatmsians.wordpress.com/2023/06/04/pmx-cakap-tak-serupa-bikin/

PMX: janji yg bakal dicapati https://daulatmsians.wordpress.com/2023/03/20/pmx-janji-yg-bakal-dicapati/

PRU14: antara janji & realiti https://4uni2c.com/2018/05/28/pru14-antara-janji-realiti/

PMX: lembu punya susu sapi dapat nama https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/10/pmx-lembu-punya-susu-sapi-dpt-nama/

Niat di hati nak peluk gunung… https://shalleducate.wordpress.com/2022/09/14/niat-di-hati-nak-peluk-gunung/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

.

.

Leave a comment