Bebaskan Palestine !

Kezaliman Israel wajar dinoktahkan segera demi keamanan dunia seluruhnya. (Perhimpunan di perkarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat semalam)

2023.10.14(Sabtu)

🇲🇾 Walaupun usia Tun Dr. M sudah hampir satu abad, namun semangat juangnya masih mengkagumkan. Ketika bekas pemimpin utama Malaysia itu bersuara menyokong Palestin, amat kesal sekali jika sekiranya ada pemimpin-pemimpin lain yang berpendirian sebaliknya. Sedangkan menyokong penzalim adalah mengundang bencana daripada Allah.

.

.

Negara Palestin itu asalnya negara yang aman merdeka kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu. Namun, ia kemudiannya menerima penghijrahan beramai-ramai umat yahudi dari seluruh dunia. Penghijrahan tersebut bukannya membawa berkat kepada negara dan rakyat Palestin rupa-rupanya. Sebaliknya, ia telah membawa musibah yang amat dahsyat kepada rakyat Palestin sepertimana yang kita sedang saksikan sekarang ini.

.

.

Sebenarnya isu Palestin adalah manifestasi ketidak-adilan yang sedang berlaku di dalam dunia ini sejak sekian lama. Akibat ketidak-adilan yang gagal ditangani itu, maka dunia tidak akan aman buat selama-lamanya. Kepercayaan kepada realiti ini, maka masyarakat di seluruh dunia mahu supaya rakyat Palestin dikembalikan hak mereka yang telah dirampas oleh Israel itu.

.

.

Keamanan yang berkekalan tidak akan dapat dicapai dengan kekerasan dan paksaan. Kezaliman oleh pihak lain terhadap umat Israel yang dilakukan puluhan tahun dahulu adalah realiti. Namun ia bukanlah suatu alasan yang wajar dijadikan justifikasi oleh umat Israel untuk menzalimi penduduk Gaza sekarang. Justeru itu, badan-badan keamanan dan keselamatan dunia wajar menangani isu Palestin sekarang ini dengan seadil dan secepat yang mungkin.

.

.

Kekejaman Israel diakui oleh seorang bekas pegawai tentera Israel dalam video berikut:

.

Daripada maklumat-maklumat di atas kezaliman dan kekejaman Israel tidak boleh dinafikan lagi. Justeru itu seluruh rakyat Malaysia khususnya dan penduduk dunia amnya wajar menyumbang sesuatu demi membebaskan rakyat Palestin daripada cengkaman dan penganiayaan Israel.

Derma anda pasti akan memberi munafaat kepada rakyat Palestin, InsyaAllaah.

.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: DAP lebih bahaya https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/02/politik-dap-lebih-bahaya/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Politik: kenapa ZY tolak DAP
https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/05/politik-kenapa-zy-tolak-dap/

Palestina: zalimnya Yahudi https://beappreciative.wordpress.com/2021/05/24/palestina-zalimnya-yahudi/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment