Bagai melepaskan anjing tersepit

Menolong orang yang tak tahu menghargai kebaikan orang lain adalah sia-sia bahkan menganiayai diri sendiri.

2023.09.26(Selasa)

🇲🇾 Video di atas sangat menarik untuk ditontoni oleh semua kita. Nilai moral yang nak disampaikan ialah supaya kita sentiasa bersangka baik. Bukan bersangka baik kepada Allah saja penting, namun turut penting ialah kepada sesama manusia.

Akibat sangkaan buruk maka orang yang menolongnya mendapat balasan negatif daripadanya. Video di atas juga boleh menjadi contoh mengenai seorang yang tak tahu menghargai jasa orong lain terhadapnya. Sebaliknya dianggapnya orang yang nenolongnya itu adalah kerana berhajat mendapat satu habuan yang lebih besar daripadanya.

Di sini tercetus satu soalan khusus dalam minda Acik. Orang Melayu telah banyak memberi bermacam-macam pertolongan dan perlindungan kepada pendatang. Segala pemberian itu adalah dengan prasangka baik sejajar dengan sifat Melayu yang suka menolong. Sebagai orang Islam umat Melayu diwajibkan melayani “tetamu”. Namun, agak-agak anda, adakah mereka yang menjadi “tetamu” di bumi umat Melayu itu rata-ratanya bersangka baik kepada umat Melayu âť“

Yakini Allaah balas sedekah kita

Mari kita andaikan bahawa kisah yang diceritakan dalam video di atas itu adalah kisah benar. Dari kisah tersebut, satu lagi nilai moral yang boleh diperolehi daripada cerita itu ialah tentang keberkatan yang perolehi oleh orang yang beriman dengan pertolongan Allaah.

Kerana imannya itu maka orang yang dalam cerita itu sanggup bersungguh-sungguh memohon pertolongan Allaah. Akhirnya beliau berjaya mendapat pertolongan sebagaimana yang diharapkannya itu, walaupun 95% saja. Bagaimana cara Allaah menyampaikan pertolonganNya itu, terpulanglah kepada Allaah. Cara yang dicerita dalam video hanya satu daripadanya sahaja.

Ada orang yakin sepenuhnya bahawa amalan sedekah akan membawa berkat kepada dirinya. Keberkatan itu bukan di akhirat bahkan semasa di dunia lagi. Lantaran itu, maka beliau (pekerja pos dalam video di atas) tidak keberatan untuk bersedekah. Dengan amalan sedekah itu maka rezekinya semakin bertambah. Ini menambahkan lagi keyakinan beliau tentang keberkatan amalan sedekah.

Sebaliknya, ada pula orang yang percaya bahawa balasan bagi amalan bersedekah akan berlaku hanya di akhirat nanti, bukan di dunia. Oleh itu beliau tidaklah berkejar untuk bersedekah. Baginya juga, kalau nak bersedekah biarlah tunggu dulu sehingga ada lebihan daripada rezeki yang dianugerah Allaah kepadanya. Jika seseorang itu rajin bersedekah, itu adalah manifestasi ia telah mendapat rezeki berlebihan daripada Allaah.

Setakat ini Acik belum jumpa lagi ayat yang mewajibkan anak-anak memberi bantuan khusus kepada ibubapanya dahulu, sebelum bersedekah kepada orang. Namun, berdasarkan rasional, maka sepatutnya begitulah kot. Lainlah jika ibubapanya redha tidak menerima pemberian anak berkenaan. Ini mungkin sebab anak tersebut lebih susah dibanding dengan sauadara-saudara kandungnya yang lain.

B e r s a m b u n g ….

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: menafikan realiti https://daulat4rakyat.wordpress.com/2022/12/29/politik-menafikan-realiti/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Agama: bersedekah cara terpuji http://4uni2c.com/2020/05/11/agama-bersedekah-cara-terpuji/.

Politik: kontrek sosial http://4uni2c.com/2019/12/08/politik-kontrek-sosial/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment