PMX: wajar beri laluan

kepada pemimpin yang lebih popular dan credible, bagilah beliau menguruskan pentadbiran negara.

2023.08.15(Selasa)

🇲🇾 Keputusan PRN15 di 6 buah negeri pada Ogos 12 yang baru lalu membawa mesej yang sangat penting kepada Kerajaan Perpaduan. Sebagai ketua kerajaan, PMX perlu fahami makna yang tersirat pada mesej tersebut. Dan demi kepentingan negara PMX wajar mengambil tindakan yang proaktif secepat mungkin.

Semasa Tun Dr. Mahathir sebagai PM ke-4 dahulu, beliau pernah mengumum hendak meletak jawatannya sebagai PM. Khabarnya, itu adalah tindakan proaktif beliau setelah merasai dirinya sudah semakin tidak popular.

Walaupun Tun Dr M dipujuk rayu oleh penyokong-penyokong beliau supaya tidak meletak jawatan, namun beliau tetap bertegas dengan keputusannya itu. Cuma beliau bersetuju untuk menangguhkan perletakan jawatannya itu ke suatu tarikh yang dianggap sesuai bagi dirinya, UMNO, BN dan negara.

Acik amat kagum dengan sikap PM4 itu. Beliau bersifat seperti pelepah kelapa. Apabila tiba masanya, dengan sedikit tiupan bayu pun belepah kelapa menggugurkan diri. Beliau tak macam setengah pemimpin yang ibarat pelepah pisang. Walau sudah kering kontan pun masih juga berpaut kepada batang pohon pisang berkenaan.

Bagi Acik, ada dua faktor penting yang wajar dijadikan pedoman utama oleh setiap pemimpin dalam sistem pemerintahan demokrasi. Faktor pertama ialah popularity dan faktor kedua ialah credibility. Setiap pemimpin wajib ada kedua-dua faktor tersebut untuk kekal sebagai seorang yang layak menjadi pemimpin.

Ini bermakna, tanpa ada popularity seorang pemimpin itu sudah tak lagi dikira layak memegang jawatan kepemimpinan walaupun credibility nya masih optimum. Begitulah juga sebaliknya. Atas sebab it, maka antara ciri-ciri pemimpin yang berwibawa ialah yang sensitif terhadap kedua-dua faktor tersebut.

Dengan lain-lain perkataan, pemimpin yang berwibawa (lagi berguna) ialah pemimpin yang seperti pelepah kelapa. Sebaliknya pemimpin yang tak berwibawa (malah tak berguna) ialah yang seperti pelepah pisang.

.

Simptom kehilangan populariti dan credibility ⬇️

Video-video dalam PenCERAHan ini bolehlah dijadikan indikator bahawa PMX dan Timbalan beliau telah semakin hilang popularity dan juga credibility. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua mereka telah tidak sesuai atau tidak layak lagi menyandang jawatan PMX dan Timbalan PM. Lantaran mereka sewajarnyalah mereka mengambil tindakan proaktif seperti PM-4 dahulu.

Seyugia dijelaskan, PM dan TPM bukan untuk penyokong-penyokong mereka sahaja. Tetapi mereka adalah untuk semua rakyat jelata. Samada mereka yang mengundi atau pun tidak memberi undi mereka berdua.

Kesilapan yang dilakukan oleh kedua-dua mereka akan terkena akibatnya kepada semua rakyat jelata. Atas sebab itu, maka semua rakyat berhak menolak mereka (PM & TPM) andaikata mereka tidak lagi dipercayai mampu memberi munafaat kepada mereka.

Dengan kata lain, sekiranya ramai rakyat percaya bahawa, jika sekiranya kedua-dua jawatan utama negara itu diserahkan kepada mereka yang lebih layak dan berhak, nescaya kejayaan negara akan mampu direalisasi dengan lebih baik dan lebih cepat.

Kedua-dua PM dan TPM pula perlulah bersikap adil kepada seluruh rakyat dan negara. Jika rakyat ingin memberi mandat kepada orang lain yang (mengikut persepsi merek) dipercayai lebih popular dan lebih credible, maka sangat tidak wajarlah sekiranya kedua-dua jawatan tersebut tidak ditawarkan kepada pihak lain.

.

https://fb.watch/mrfdICnlfM/?mibextid=FggW5e

.

.

.

.

.

.

B e r s a m b u n g  …. …

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

PRN15: hayatilah hasrat majoriti rakyat https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/10/prn15-hayatilah-hasrat-majoriti-rakyat/

PRN15: Tahniah PN ! https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/13/prn15-tahniah-pn/

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PRN15: menteri mesti berbudi pekerti https://menafirealiti.wordpress.com/2023/07/31/prn15-menteri-mesti-berbudi-pekerti/

PRN15: normalisasi rasuah https://menafirealiti.wordpress.com/2023/07/30/prn15-normalisasi-rasuah/

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment