Melayu: demi menyantuni “tetamu” ?

Umat Melayu sentiasa menghormati tetamu sepertimana diajari oleh Islam

2023.08.16(Rabu)

🇲🇾 Pilihan PRN15 (Pilihan Raya Negeri ke-15) baru saja selesai dilaksanakan pada Ogos12 yang lalu di 6 buah negeri. Tiga daripada enam negeri tersebut diperintah oleh PH (Pakatan Harapan) dan yang lainnya diperintah oleh PN (Perikatan Nasional). Negeri-negeri yang terlibat itu ialah Terengganu (PN), Kelantan (PN), Kedah (PN), Selangor (PH), Negeri Sembilan (PH) dan Pulau Pinang (PH).

Keputusan PRN15 tersebut menunjukkan suatu perubahan sokongan pengundi-pengundi Melayu yang amat ketara. Kalau dalam PRN14 dahulu mereka memberi undi kepada PH di 6 buah negeri berkenaan, namun dalam PRN16 pada Ogos 12 baru lepas mereka memberi undi kepada PN.

Apakah yang membuat perkara itu berlaku demikian ?

Mungkin sebab dah semakin ramai umat Melayu mulai sedar tentang bahaya berkongsi kuasa politik dengan DAP. DAP adalah ibarat api. Ketika masih kecil ia menjadi kawan. Tapi bila dah besar nanti ia akan menjadi lawan.

Peribahasa Melayu ada berpesan:

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali ;

Tetamu wajib dihormati dan dilayani. Namun jangan sampai:

Kera di hutan disusui, anak di pangkuan diletakkan.

Dagang lalu ditanakkan, suami pulang kelaparan.

.

.

.

Arahan tutup sekolah agama

Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Selangor dan Negeri Sembilan menyuarakan rasa bimbang terhadap isu amaran penutupan sekolah agama di negeri Selangor yang dibuat oleh pimpinan bukan Islam.

Pengerusi Sekretariat NGO ISLAM Selangor, Datuk Nazilah Idris berkata, kira-kira 200 sekolah agama di Selangor didakwa mendapat surat amaran untuk keluar dari premis perniagaan.

“Apa yang berlaku hari ini di selangor, 200 lebih sekolah agama rakyat dinafikan apabila mereka diberikan surat amaran untuk keluar daripada premis perniagaan.

“Ini kerana kita membenarkan menteri DAP dari Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ini sangat membahayakan agama dan bangsa Islam jika kita tidak bertindak sekarang,” katanya.

Nazilah turut menekankan perkara ini bukan isu remeh, malah ia melibatkan pendidikan orang Islam di negara ini.

“Kita tidak boleh leka dengan perkara-perkara ini. (Seramai) 40,000 pelajar Islam di Selangor dinafikan (haknya) apabila sekolah mereka ini perlu ditutup dan dipindah.

Baca Selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2023/08/14/isu-sekolah-agama-selangor-ngo-tuntut-melayu-islam-waspada/

.

.

B e r s a m b u n g …..

PenCERAHan yg popular ⬇️

PRN15: Tahniah PN !https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/13/prn15-tahniah-pn/

PRN15: hayatilah hasrat majoriti rakyat https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/10/prn15-hayatilah-hasrat-majoriti-rakyat/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Politik: taatilah perintah YDPA !http://4uni2c.com/2020/03/01/politik-taatilah-perintah-ydpa/

Politik: kontrek sosial http://4uni2c.com/2019/12/08/politik-kontrek-sosial/

PMX wajar beri laluan https://menafirealiti.wordpress.com/2023/08/15/pmx-wajar-beri-laluan/.

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment