Tandas² awam di Msia

Di stesyen ETS Butterworth

2023.10.28(Sabtu)

🇲🇾 Islam sangat pentingkan kebersihan. Dalam Islam ada satu bab khusus yang mengajar tentang aspek kebersihan. Bab khusus tersebut dinamai bab “taharah”.

Air merupakan suatu elemen penting yang menjadi asas dalam aspek pembersihan. Oleh sebab itu Islam mengajar umatnya menghargai air dengan sebaik mungkin. Yakni dengan menjimatkan penggunaannya untuk segala urusan. Hatta untuk mengerjakan Ibadat kepada Allaah sekali pun.

Umat Islam disunatkan berjimat air dalam berwudhu. Dalam satu hadith dinyatakan bahawa, andaikata wudhu itu dilakukan di sebelah sebatang sungai sekali pun, kita umat Islam tetap disunatkan menjimatkan air dalam berwudhu.

Pembaziran air akibat kerosakan

Berikut adalah beberapa video yang menggambarkan pembaziran berlaku di tandas-tandas awam. Kata sebuah peribahasa Inggeris, “penny wise, pound foolish“. Tandas-tanda awam di Malaysia mungkin menjadi jontoh terbaik bagi maksud peribahasa tersebut.

Jika hendak menggantikan getah paip yang dah rosak itu, maka ia tentulah melibatkan satu perbelanjaan. Jadi, dengan tidak melakukannya, maka ia dianggap suatu penjimatan. Namun kita lupa bahawa kerana menjimatkan kos penggantian paip yang kecil itu, kita akan menanggung kos membayar bil air yang jauh lebih tinggi daripada kos penggantian paip air tersebut.

Gambar² tandas awam di Msia

Tandas di stesyen ETS Butterworth selepas beberapa lama drpd video di atas.

.

Tandas di sebuah masjid dalam K.L.

.

Tandas di stesyen ETS Tasek Gelugor.

.

Tandas di sebuah masjid di SPU

.

Tandas di Rope Walk, Butterworth

.

Tandas di R&R Pantai Bersih, Butterworth

.

Setuju dengan kenyataan PMX

PMX pernah menyatakan bahawa membaiki bumbung, tandas sekolah lebih penting daripada bina bangunan tinggi. Maka Acik harap, dengan peruntukan bajet 2024 yang tinggi yang diluluskan untuk Kementerian Pendidikan itu, murid-murid sekolah tidaklah lagi terus dibiar menggunakan tandas-tandas sekolah yang tidak terurus dengan sempurna.

Jika murid-murid sekolah tidak pernah melihat kerosakan pada tandas-tandas sekolah masing-masing, nascaya mereka akan sensitif melihat tandas-tandas lain yang rosak. Tak kiralah samada tandas-tandas di rumah masing-masing, maupun tandas-tandas awam.

Sebaliknya, jika tandas-tandas di sekolah masing-masing pun selalu rosak tanpa dibaiki segera, fenomina ini akan menjadi normal bagi mereka buat selama-lamanya. Jika kebetulan nanti mereka ditugaskan menjaga tandas di stesyen-stesyen ETS, hasilnya mungkin sepertimana yang kita dapat lihat sekarang, malah akan lebih terus lagi.

Seyugia ditegaskan, Acik penuh yakin bahawa kerajaan MADANI mampu menyediakan tandas-tandas awam di seluruh negara. Ianya dijaga pada tahap kebersihan yang tinggi, bahkan menjadi tanda aras kepada semua tandas di seluruh negara. Dan yang lebih penting lagi ialah ia merupakan satu perkhidmatan percuma dan legasi kerajaan MADANI kepada seluruh rakyat Malaysia.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

MADANI hadapi krisis kredibiliti https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/02/madani-hadapi-krisis-kredibiliti/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Bas percuma utk siapa https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/25/bas-percuma-utk-siapa/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment