Bas percuma utk siapa ?

Apa salahnya jika percuma untuk semua.

2023.09.24(Ahad)

🇲🇾 Ketika dalam perjalanan pulang ke tanah air dalam tahun 1985 dahulu, Acik singgah di Bandaraya New York. Ini selepas tamat menuntut di Penn State University selama 20 bulan. Terima kasih yang tak terhingga Acik ucapkan kepada seorang kawan serta keluarga dari Malaysia kerana sudi menerima Acik sekeluarga sebagai tetamu mereka selama 3 malam.

Di bandaraya New York itu Acik telah berpeluang menikmati dua pengalaman istimewa yang tak mungkin luput daripada ingatan Acik. Pertama, pengalaman menaiki the World Trade Centre. Tapi yang lebih istimewa daripada itu ialah menaiki bas percuma di tengah-tengah bandaraya New York.

Mujur Acik ditemani kawan yang tinggal di bandaraya itu. Kalau tanpa beliau mungkin semua penumpang di atas bas tersebut mentertawakan Acik. Mereka akan mentertawakan Acik apabila melihat Acik menghulurkan wang kepada pemandu bas tersebut sebagai tambang.

Video di atas mencetuskan ingatan Acik tentang pengalaman Acik menaiki bas percuma tersebut. Mesej yang nak Acik sampaikan di sini ialah bas percuma bukanlah idea baru. Mesej kedua ialah, ia bukanlah satu yang mustahil dipraktikkan di negara kita. Kata orang Putih, “better late than never (lebih baik lewat daripada langsung tak dapat).

Sebenarnya bas percuma telah pun diperkenalkan di Kuala Lumpur ketika DS Najib Tun Razak menjadi PM lagi. Perkhidmatan bas percuma tersebut dinamakan “GO KL”. Sejak ia beroperasi Acik telah beberapa kali menaiki bas tersebut. Iaitu dari KL Sentral ke HBK (Hospital KL)

Acik ingin mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Menteri Pengangkutan atas kejayaan beliau menyediakan bas percuma kepada rakyat. Walaupun ia terhad kepada golongan umur tertentu saja, namun program bas percuma beliau itu wajar dipuji.

Cuma yang Acik agak musykil terhadap program bas percuma itu ialah mengenai data peribadi pemilik kad konsesi bas percuma. Pengeluar kad konsesi bas percuma itu pasti akan mengambil datadata peribadi daripada setiap individu yang memohon kad konsesi bas percuma itu.

Harap-harap janganlah hendaknya data-data peribadi mereka disalahguna oleh pengeluar kad konsesi tersebut. Kita tak mau, apa yang telah berlaku keatas data-data peribadi pengundi PRU15 baru-baru ni berlaku pula kepada pemilik kad konsesi bas percuma.

Juga harap-harap, biarlah hendaknya program mesra rakyat itu kekal buat selama-lamanya. Janganlah ibarat “hangat-hangat tahi ayam” saja. Sebaik-baiknya biarlah program ini turut dinikmati bersama semua rakyat, bukannya terhad kepada pemegang kad konsesi saja. Contohnya, macam bas “Go KL”.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Matdan ni, janji tak ditepati https://menafirealiti.wordpress.com/2023/09/22/matdan-ni-janji-tak-ditepati/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

PRK PD: pengundi bukan kenderaan http://4uni2c.com/2018/10/11/prk-pd-pengundi-bukan-kenderaan/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment