Kerenah parkir kenderaan

Bangunan Stesyen MRT Damansara Damai

2023.11.08 (Rabu)

🇲🇾 Hampir setiap kawan yang kita kenali ada memiliki kereta. Kita juga tidak terkecuali. Yang memiliki kereta lebih daripada sebuah pun ramai. Oleh itu Acik percaya PenCERAHan ini sangat relevan kepada semua kita.

Kereta tujuannya ialah membawa kita ke destinasi yang dituju. Kalau tak sampai ke destinasi yang dituju itu sepenuhnya pun,  sekurang-kurangnya sebahgian daripada jarak kita ke destinasi berkenaan.

Misalnya kita tinggal di Saujana Damansara dan kita nak ke Putrajaya. Maka kita pun memandu kereta kita dari rumah kita ke stesyen stesyen MRT Damansara Damai. Dari stesyen MRT tersebut, kita lalu meneruskan lagi perjalanan kita ke destinasi kita itu (Puterajaya) tapi dengan menaiki menaiki MRT.

Malangnya, seringkala kita ke stesyen MRT, kita dapati tiada ada lagi lot parkir yang masih kosong. Ratusan lot parkir di kawasan berdekatan dengan stesyen MRT Damansara Damai itu semuanya penuh. Ini merupakan satu kerenah pakir yang terpaksa kita alami sebagai pemilik kereta.

Jika nasib kita baik, ketika tiba di kawasan stesyen MRT itu, mungkin masih ada beberapa lot parkir yang masih kosong. Maka dengan rasa lega, kita pun memasuki lot parkir yang kosong itu. Nak mengisi satu daripada lot pakir yang kosong itu, ada juga kerenah atau cabarannya.

Cabaran paling tinggi ialah untuk memasuki lot pakir jika ianya lot parkir jenis C. Yakni lot pakir seperti di dalam gambar berikut.

.

.

Bagi Acik, memasuki lot parkir jenis C itu adalah yang paling susah jika dibandingkan dengan lot-lot parkir jenis lain. Ini kerana sudut (corner) nya yang 90 darjah itu menyukarkan kebanyakan pemandu. Lebih-lebih lagi bagi pemandu yang baru lulus lesen memandu.

.

.

Lot pakir jenis B pun agak susah untuk memasukinya. Lebih besar atau panjang kenderaan yang nak diparkir maka lebih sukar nak parkir di dalam lot berkenaan. Lebih-lebih lagj jika lot yang kosong tersebut terletak di antara dua lot yang telah ada kenderaan lain sedang parkir di dalam kedua-duanya.

Lot parkir jenis A seperti dlm video di bawah adalah yg terbaik

Acik sangat lega bila nak masuk ke dalam lot parkir jenis A. Bukan saja nak masuk senang, malah nak keluar pun senang. Bila senang, tentulah dapat diselesaikan dengan cepat. Maka tak terlepaslah MRT kerana lewat, berikutan daripada kerenah parkir. Bila kita nak keluar daripada lot parkir berkenaan, pengguna yang selepas kita tak perlulah menunggu lama.

Acik tahu kenapa ramai pemilik lot-lot parkir tak suka membuat lot parkir jenis A. Jawapannya ialah sebab mereka nak mendapatkan jumlah bilangan lot parkir semaksimum mungkin. Namun, bagi Acik objektif itu tak berbaloi kerana ia menyusahkan pengguna lot-lot parkirnya.

Apalah salahnya jika pemilik atau penguasa keatas lot-lot parkir berkenaan rela berkorban sikit demi kepuasan dan kemudahan pelanggan masing-masing. Dengan permudahan itu, bukankah ia satu bentuk kebajikan  ?

Satu lagi kerenah parkir ialah kaedah membayar caj parkir yang tidak mesra pengguna. Contohnya, pengguna terpaksa memiliki telifon pintar (smart phone) untuk membuat bayaran. Sedangkan masih ramai lagi pemilik-pemilik kenderaan yang masih belum mampu memiliki telifon pintar. Malah yang dah memilikinya pun, masih ramai yang masih belum mahir menggunakannya.

Bagi Acik, di kebanyakan tempat-tempat awam adalah sangat tidak wajar dikenakan caj parkir. Ia lebih menyusahkan rakyat daripada memberi kemudahan. Daripada menghapuskan tol di lebuh-lebuh raya, lebih baiklah hapuskan caj pakir dahulu.

Jom kita pakat kempen hapuskan caj parkir demi kesejahteraan rakyat di seluruh negara. Caj parkir lebih mementingkan puak-puak kapitalis daripada mengutamakan kebajikan rakyat jelata. Untuk memaksimumkan keuntungan semata-mata, macam-macam kerenah yang dikenakan keatas pengguna.

Pengguna-pengguna yang tak pandai mematuhi cara yang direkacipta oleh pemilik-pemilik lot pakir akan dikira penjenayah. Ini kerana mereka dikira melanggar undang-undang yang ditetapkan kerajaan. 

Padahal cara yang tidak mesra pengguna itu adalah demi menjimat kos pengurusan industri parkir mereka itu. Dengan menjimatkan kos pengendalian industri pakir itu, maka keuntungan pun akan dapat ditingkatkan

Akhirnya ramai pengguna kenderaan akan terpaksa membayar denda akibat gagal membayar caj parkir. Selagi tak membayar denda tersebut maka pengguna berkenaan akan terus kekal statusnya sebagai penjenayah. Jadi siapakah yang sebenarnya menambahkan bilangan penjenayah ?

.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Isu Palestin: “atrocity” bangsa Israel https://menafirealiti.wordpress.com/2023/11/06/isu-palestin-atrocity-bangsa-israel/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Pakir yg mesra pengguna https://daulat4rakyat.wordpress.com/2023/01/20/pakir-yg-mesra-pengguna/

Kerajaan punca jenayah ? https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/13/kerajaan-punca-jenayah/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️www.4uni2c.com

Leave a comment