Isu Palestin: siapa penjenayah ?

Penjenayah sebenar ialah Europeans

2023.10.19(Kamis)

Terjemahan video di atas ⬇️

Penjenayah di sini bukannya Hamas. Malah bukan juga penduduk Israel yang sedang membunuh rakyat Palestin itu. Penjenayah itu adalah orang Eropah, yakni kita.

Setiap orang daripada kita, ahli masyarakat German, masyarakat Perancis, masyarakat Greek, masyarakat Amerika Syarikat, telah menyertai dalam jenayah ini terhadap kemanusian, melebihi beberapa dekad dengan “mengunci mulut” masing-masing, selagi orang mati di luar rakaman kamera, selagi yang mati itu adalah orang Palestin dan bukan penduduk Israel.

Maka, trajedi yang luarbiasa ini mestilah ditukar menjadi suatu peluang untuk menyedarkan orang-orang Eropah.

(pohon ribuan maaf jika sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam terjemahan di atas)

Video-2 & terjemahan

Terjemahan kepada video ke-2 di atas ⬆️

Saya seorang Israel. Saya dilahirkan di dalam Israel. Saya dilihat sebagai patriotik Israel. Saya pedulikan Israel. Saya dimiliki Israel dan terikat dengan Israel.

Jangan cakap fasal simetri (symmetry) sebab mana ada simetri. Saya malah akan cadangkan bahawa tiada ada konflik. Adalah konflik Perancis-Algeria. Di sana adalah satu penempatan Perancis yang ganas dan kejam (brutal) dalam Algeria yang telah tamat.

Di sana tiada ada konflik Israel-Palestin. Di sana ialah penempatan Israel yang ganas dan kejam yang mesti berakhir dengan apa cara sekali pun dalam perkarangan kita yang gelap. Di sana satu rejim yang hari ini ialah yang paling kejam dan ganas, kuku besi (tyrants) di dalam dunia.

Tak kurang daripada ini, saya tahu apa yang saya kata sebab saya merakamnya selama 40 tahun. Dan rejim ini tak boleh didefinasikan selain daripada apartheid.

Dua orang di atas sebidang tanah. Dan seorang daripadanya memiliki semua hak di dalam dunia. Dan saya bercakap hanya bagi kawasan yang diduduki.

Dua orang berkongsi sebidang tanah di sana. Seorang daripada memiliki segala hak di dalam dunia. Seorang lagi tidak ada apa-apa hak langsung. Ini nampak macam apartheid. Dan ia adalah apartheid.

Tak ada siapa boleh menyangkalnya. Tiada ada siapa yang pernah berada di sana. Tiada siapa yang cukup adil melihatnya. Pergi ke lembah lihat kemajuan di dalam penempatan. Dan kemudian pergi lihat orang-orang Palestin yang tinggal di situ. Tanpa letrik, tanpa air, tanpa apa-apa hak. Dan kemudian beritahu saya jika sekiranya ia bukan apartheid. Atau anda boleh reka tajuk lain.

Bila saya curi kereta kamu, saya bukan di tempat untuk menentukan syarat-syarat untuk memulangkan kereta itu. Pertama sekali, pulangkan kereta itu. Dan satu-satunya cara memulangkan kereta itu ialah dengan memberi hak yang sama kepada rakyat Palestin.

(pohon ribuan maaf jika sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam terjemahan di atas)

.

Berikut adalah pendirian seorang pemimpin Malaysia yang dikagumi.

.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Politik: DAP lebih bahaya https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/02/politik-dap-lebih-bahaya/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Bebaskan Palestin https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/14/bebaskan-palestine/

Isu Palestin: bacalah qunut nazilahhttps://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/17/isu-palestin-bacalah-qunut-nazilah/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment