Yg tersurat dan yg tersirat

Yg tersurat itu belum pasti manifestasi yang tersirat

2023.12.03 (Ahad)

🇲🇾 Setiap sesuatu itu mengandungi bahagian yang tersurat-nya dan bahagian yang tersirat-nya. Kadang kala, yang tersuratnya itu nampaknya positif. Namun, yang tersiratnya itu pula negatif. Begitulah juga yang sebaliknya.


Contohnya, ayah kita mungkin seorang yang nampaknya sangat garang terhadap diri kita. Ini adalah yang tersurat. Namun hatinya ikhlas dan penuh dengan kasih sayang terhadap anak-anaknya termasuk diri kita. Ini adalah yang tersirat. Kenapa terjadi demikian ?

Tentulah ada sebabnya kenapa ayah kita itu sangat garang terhadap kita. Mungkin itulah caranya untuk melindungi kita daripada berbagai bahaya. Kerana takut kepada ayah kita itu, maka kita tidak berani melakukan sesuatu yang beliau tak izinkan. Sedangkan yang tak diizinkan oleh beliau itu adalah perkara-perkara yang akan mendatangkan mudharat kepada diri kita.

Dalam masa yang sama, ayah kita menyuruh kita melakukan perkara-perkara tertentu. Sedangkan perkara-perkara tersebut akan mendatangkan munafaat keatas diri kita. Atas rasa takut kepada ayah kita yang garang itu, maka kita pun terpaksa melakukan kerja-kerja berkenaan. Akhirnya diri kita yang mendapat munafaat daripada perbuatan kita itu.

Yg tersurat manifestasi yg tersirat

Biasanya yang tersurat itu adalah manifestasi yang tersirat. Contohnya dalam PRK di KEMAMAN semalam. Yang tersurat ialah calon PN menang. Manakala yang tersirat ialah realiti bahawa BN tidak lagi di hati majoriti besar pengundi-pengundi. Dengan kata lain, BN semakin hilang populariti. Sebaliknya, populariti PN semakin meningkat.

https://vt.tiktok.com/ZSNQ6sDwH/

.

Wallahua’lam 🌺

.

PenCERAHan yg popular ⬇️

Iktibar buat umat Melayu https://jihadpalestin.wordpress.com/2023/11/23/iktibar-buat-umat-melayu/

.

PenCERAHan yg relevan ⬇️

Menyantuni sensitiviti agama https://jihadpalestin.wordpress.com/2023/11/27/menyantuni-sensitiviti-agama/

Politik: DAP lebih bahaya https://menafirealiti.wordpress.com/2023/10/02/politik-dap-lebih-bahaya/

.

Lain-lain PenCERAHan ⬇️

https://jihadpalestin.wordpress.com

https://daulatmsians.wordpress.com

https://daulat4rakyat.wordpress.com

.

Blog utama ⬇️ http://www.4uni2c.com

Leave a comment